Monday 6 June 2016

Umrah

Alhamdulillah, terlalu banyak berlaku sepanjang 2 tahun ni. Dari blog ini, saya dapat ramai kawan baru, ada yang sudah sembuh dan ada juga yang telah kembali kepada Pencipta.

Terlalu banyak nak diceritakan tapi tak tahu nak start dari mana.
Ingat tak nadia relapse 2 bulan selepas chemo 2013?

Masa tu, nadia cuma fikir cukuplah hidup, nadia tak nak rasa sakit dah.
Kesakitan kemoterapi masih berlegar-legar dalam kepala.
Perasaan mual, muntah, rasa diawang-awangan buat nadia serik.

Ketika nadia terlalu buntu, hanya tangisan jadi penghibur, pakcik nadia cadangkan nadia pergi umrah.
Bila dengar je perkataan umrah, hati nadia terus lega. Rasa macam ada satu semangat yang sangat kuat tarik segala kesedihan nadia.
Nadia terus call mama cakap nak pergi mekah, call macam nak order mee goreng mamak je ek.
Alhamdulillah mungkin memang kami diseru untuk pergi ke sana, kami berjaya dapatkan tempat dalam masa 2 hari. Memang ngam-ngam ada 4 tempat untuk mama, ayah, nadia dan aina.

Memang banyak sangat konflik masa nak pergi umrah, ramai risau nadia tak kuat. Biarlah apa pun orang cakap, nadia percaya nadia kuat, setiap hari mimpi dah ada kat Mekah. Disebabkan nadia tangguh chemo, nadia gantikan dengan perubatan alternatif.

Sehari sebelum terbang ke Mekah, nadia bertemu dengan Prof Syed Putra Meir. Dari situ nadia tahu tentang b17, bromelin dan diet pesakit kanser.
Sejak itu, nadia bertekad nak lari dari hospital. Nadia kecewa sangat dan nadia berat sangat nak teruskan perubatan moden.
Nadia terus tukar diet kepada vegan. Vegan ni telur pun tak makan tau.
Dalam flight, di Mekah dan Madinah, Nadia cuma makan nasi, kuah dan sayur sahaja.
Alhamdulillah nadia memang kuat sangat, berlari- lari sampai 5 kali masuk raudhah, puasa, 3 kali menunaikan umrah.
Memang sesungguhnya penyembuhan, kesakitan, kekuatan semua datang dariNya.
Nadia pulun mandi dan minum air zam-zam sebanyaknya. Air alkali adalah penyembuh terbaik untuk pesakit kanser.

Nak tahu tak?
Stage kanser Nadia alhamdulillah kekal sama sepanjang 2 tahun nadia mengamalkan alternatif.
Hanya Allah penyembuh dan hanya Allah tahu yang terbaik.




1 comment:

  1. Assalamualaikum Nadia..
    Tumpang Tanya, Bagaimana Kesihatan Nadia sekarang?
    Isteri saya pun mengidap Cancer Dan berjumpa dgn prof syed. Tapi, kami belum decide lagi Nak teruskan dgn rawatan prof kerana Cos nya agak tunggi Bagi kami. selain drpd tu, sy buat kajian di internet, ramai yg memberi komen negative Mengenai prof, katanya Scamer Dan lain lain. jadinya Nadia, sy ingin bertanyakan Pendapat Nadia pula. .Terima kasih.. Assalamualaikum

    ReplyDelete