Alhamdulillah,saat ni nadia dah 3 bulan kerja dan bebas dari lymphoma. Ramai tanya nadia mengenai diet. Sebenarnya, naturally cancer cells memang suke sangat dengan gula. Gula ada dekat semua makanan yang kita makan, even nasi pun ada gula. Semalam nadia join discussion about eating well for cancer patients. So, nadia nak share dengan semua serba sedikit tentang cara nadia diet dan apa yang sepatutnya.
Sebelum rawatan kemo
Bila nadia dapat tahu je ada kanser, memang nadia diet yang sangat ketat. Memang niat at least if tak dapat musnahkan sel kanser tu, dapat bantutkan sel tu dari merebak pun dah cukup. Jadi,diet nadia setiap hari lebih kurang sama iaitu beras perang,ikan salmon grill dan sayur masak air. Mula-mula memang rasa lembik sebab rasa macam tak cukup tenaga sebab kalori untuk meal ni sikit (kalori = tenaga). Tapi lama-lama ok je sebenarnya. Pelbagaikan lah lauk tu kalau tak larat nak makan ikan grill setiap hari.
Cadangan makanan:
- beras perang
- ikan grill
- ikan asam pedas
- sayur
- sup ayam kampung
- sup sayur
- tomyam
Kalau boleh, kurangkan makanan dan minuman yang manis and take organic food if possible. Masa ni nadia consume appricot seed jugak. Nadia makan setiap 4 jam, 15 biji. Nadia beli brand afdal time tu. Tapi banyak je appricot seed yang ada kat market. Kalau boleh telan yang raw lagi bagus, nadia makan jugak yang mentah tu tapi sebab banyak sangat kena telan, so tak larat. Makan yang kapsul lebih senang.
Semasa rawatan kemo
Ok, masa kemo memang tak boleh diet sebab nanti kita tak cukup tenaga nak survive. Masa ni nadia makan ikut selera je dan tak makan appricot seed dah sebab takut berlawan dengan chemo drugs since appricot seed tu very high antioxidant,mmg dr tak bagi makan. Lepas kemo memang most patients kurang selera makan, senang cite memang takde selera pun. Lepas kemo nadia selalu pening nak makan apa, lagi la pas makan je muntah. Sampai sekarang nadia tak boleh makan kenny rogers,mnum starbucks,a&w.pe lagi ek, tak ingat dah sebab nadia muntah lepas makan benda ni.
Masalah paling besar selepas kemo ialah ulser. Memang sakit sangat even minum air pun sangat sakit.
So, cadangan makanan:
- mihun sup or any sup
- puree ( labu,kentang,..)
- tom yam
- aiskrim (legakan ulser)
- air zam-zam ( sangat bagus-sejukkan lagi sedap)
-bubur
masa ni,nadia banyak makan yang organic like ayam organic,sayur organic dan yang paling membantu adalah air zam-zam. Nadia memang minum air ni sahaja. Lepas seminggu, sakit kemo tu akan hilang. So, nadia makan macam biasa, apa yang nadia nak makan sebab kalau kurus sangat nanti tak cukup tenaga untuk kemo seterusnya.
Lagi satu, bila kite kanser.. badan kita dalam keadaan berasid, chemo drugs tu pon berasid. Thats why lepas kemo memang akan rasa nak muntah, loya melampau, upset stomach, dan sebagainya. So, untuk cure kite kena makan benda yang beralkali seperti air zam-zam, habatussauda, rumpai laut, bayam dan buah2 seperti epal, berries. Nadia pernah nangis sebab loya yang melampau, memang tak tahan sangat. Nenek nadia buat jus timun untuk sejukkan perut, lepas minum jus timun baru ok.
Selepas tamat rawatan
Nadia dalam phase yang ni. Sekarang pun tengah try adapt dengan diet yang betul. Tapi nadia dah jumpe dietitian dan discuss pasal diet untuk post treatment. Basically, nadia kena makan healthy food dengan cara yang betul. Cara yang betul ialah kita kena tahu berapa kalori yang kite consume. Boleh makan semua tapi kalau boleh elakkan ambil banyak sangat animal protein like daging merah, banyak je protein yang kita boleh dapat dari plant like nuts dan soya. Kurangkan gula dengan kurangkan minum air yang manis, banyakkan minum air masak dan kalau nak minum air teh, tak payah letak gula lagi bagus. Jimat kan..haha. Kalau boleh, masak sendiri so kita boleh kurangkan minyak, garam sebab minyak memang banyak kalori, tak bagus. Lastly, makan buah dan sayur banyak2 sebab sayur ni takda kalori.
Cadangan makanan:
- fruit smoothies with milk
- nasi + ikan + sayur
- soup
sebenarnya, macam2 la yang kita boleh makan, tapi moderate. Maksudnya, jangan makan banyak sangat, pilih yang kurang kalori. Kalau gemuk pun nanti tak sihat, tak cantik kan. The point is kita kena tahu berapa kalori yang patut kita ambil, berapa kalori yang kita makan dan berapa kalori yang kita bakar. Kalau faham this concept, insyallah takde probs dah because kalo pergi jumpa dietitian pun diorang akan consult the same thing, just diorang akan bagi jadual makanan with calories semua la. Insyaalah nanti nadia share about that.
This is my whatsapp : 0172945437
Kalau ada nak tanya, share or anytg boleh whatsapp. Insyallh nadia boleh share setakat yang mampu. 😊